Friday, 12 January 2018

WATAK SAMPINGAN



Berdasarkan novel chot karya azizi Haji Abdullah, Som merupakan watak sampingan dalam novel ini. Salah satu, perwatakan yang dimiliki oleh Som ialah dia merupakan seorang yang setia kawan. Som sentiasa berada di sisi Alias sama ada pada masa susah atau senang. Selain itu, keprihatinan juga merupakan sifat yang ada pada Som. Sebagai contoh, Som mengambil berat tentang kesusahan yang dialami oleh Alias dan menghulurkan nasi lemak kepadanya. Seterusnya, perwatakan yang terdapat dalam diri diri Som ialah dia seorang yang patuh akan peraturan sekolah. Sebagai contoh,Som tidak menjawab pertanyaan kawannya kerana mematuhi peraturan iaitu pelajar dilarang bercakap semasa perhimpunan dijalankan.
                                                                                                                       💗💖💓💝💞💟

LATAR TEMPAT



Berdasarkan Novel Chot karya Azizi Haji Abdullah, terdapat beberapa latar tempat dalam novel ini. Salah satu latar dalam novel chot ialah di bilik darjah. Sebagai contoh, alias dimarahi oleh Cikgu sunan kerana lewat datang ke sekolah sehingga dia terjatuh. Situasi ini telah berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah di tapak perhimpunan. Sebagai contoh, Som dan rakan-rakan sekolahnya mendengar ucapan Cikgu Sunan di tapak perhimpunan. Seterusnya latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah di kebun Pak Din. Contohnya, Chot dan Alias memetik buah kelapa di kebun Pak Din.

PERSOALAN



Berdasarkan Novel Chot karya Azizi Haji Abdullah, terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kemiskinan hidup. Sebagai contoh, Alias dan ibunya hidup dalam kemiskinan. Rumahnya bukan sahaja buruk, malahan atapnya sudah banyak yang bocor dan dindingnya pula dimakan anai-anai. Selain ketabahan menghadapi dugaan hidup juga merupakan salah satu persoalan di dalam novel Chot. Sebagai contoh, Alias tetap menjalankan tugasnya memetik kelapa walaupun sakit telinganya semakin menjadi-jadi. Seterusnya, persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, semasa pergi memetik kelapa dengan Chot, Alias akan membawa buku dan mengulang kaji pelajaran pada waktu rehatnya.