Berdasarkan
novel chot karya azizi Haji Abdullah, Som merupakan watak sampingan dalam novel
ini. Salah satu, perwatakan yang dimiliki oleh Som ialah dia merupakan seorang
yang setia kawan. Som sentiasa berada di sisi Alias sama ada pada masa susah
atau senang. Selain itu, keprihatinan juga merupakan sifat yang ada pada Som.
Sebagai contoh, Som mengambil berat tentang kesusahan yang dialami oleh Alias
dan menghulurkan nasi lemak kepadanya. Seterusnya, perwatakan yang terdapat
dalam diri diri Som ialah dia seorang yang patuh akan peraturan sekolah.
Sebagai contoh,Som tidak menjawab pertanyaan kawannya kerana mematuhi peraturan
iaitu pelajar dilarang bercakap semasa perhimpunan dijalankan.
💗💖💓💝💞💟
NOVEL CHOT
Friday, 12 January 2018
LATAR TEMPAT
Berdasarkan Novel Chot karya Azizi Haji Abdullah,
terdapat beberapa latar tempat dalam novel ini. Salah satu latar dalam novel
chot ialah di bilik darjah. Sebagai contoh, alias dimarahi oleh Cikgu sunan
kerana lewat datang ke sekolah sehingga dia terjatuh. Situasi ini telah berlaku
di dalam bilik darjah. Selain itu, latar tempat yang terdapat dalam novel ini
ialah di tapak perhimpunan. Sebagai contoh, Som dan rakan-rakan sekolahnya
mendengar ucapan Cikgu Sunan di tapak perhimpunan. Seterusnya latar tempat yang
terdapat dalam novel ini ialah di kebun Pak Din. Contohnya, Chot dan Alias
memetik buah kelapa di kebun Pak Din.
PERSOALAN
Berdasarkan Novel Chot karya Azizi Haji Abdullah,
terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Salah satu persoalan yang terdapat
dalam novel ini ialah kemiskinan hidup. Sebagai contoh, Alias dan ibunya hidup
dalam kemiskinan. Rumahnya bukan sahaja buruk, malahan atapnya sudah banyak
yang bocor dan dindingnya pula dimakan anai-anai. Selain ketabahan menghadapi
dugaan hidup juga merupakan salah satu persoalan di dalam novel Chot. Sebagai
contoh, Alias tetap menjalankan tugasnya memetik kelapa walaupun sakit
telinganya semakin menjadi-jadi. Seterusnya, persoalan yang terdapat dalam
novel ini ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, semasa pergi
memetik kelapa dengan Chot, Alias akan membawa buku dan mengulang kaji pelajaran
pada waktu rehatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)